Program ini saya namakan 'Para Pencari Tuhan'.
Di sini saya banyak menimba ilmu dan memotivasikan diri supaya sentiasa mencari ilmu dan mendekatkan diri kepada Allah.
Bukankah itu tujuan manusia dicipta? Saya hadir bersama suami, yang saya paksa supaya datang.
Beberapa minggu sebelum program saya merayu kepadanya supaya meluangkan masa...please please please, saya kata.
beberapa hari sebelum program saya selalu mengingatkannya dengan berkata: jangan lupa ye, ingat tau jangan booking apa-apa program pada tarikh tu. berulang-ulang kali saya katakan padanya, sama ada face-to-face atau sms atau menelefonnya...untuk memastikan dia hadir!!
Kenapa ia berlaku? Allah memberi cetusan ini selepas 'ujian Allah' yang kami hadapi. Saya menyedari ia hasil kelalaian kami dan kejahilan kami 'menjarakkan' diri denganNya.
Ampunkan kami ya Allah...
Lalu dalam usaha mencari-cari tempat mengadu, Allah menarik kami kepadaNya. Allah memperkenalkan kami dengan kak Nora yang dibuka hatinya oleh Allah untuk membimbing kami ke jalanNya.
Kami tersasar, walaupun tidak jauh, tapi kesenangan dunia semakin melekakan.
Terima kasih Allah atas ingatan ini. Walaupun berat, kami yakin Engkau bersama kami.
Peserta lelaki; ramai yang ingat kami menghadiri kursus haji. Ini kursus meningkatkan profesionalisme sebagai khalifah Allah.
Alhamdulillah, kumpulan saya juara. Harap harap kejuaraan ini sehingga ke syurga Firdaus...


