Anak-anakku memang telah faham sekiranya mamanya tidak boleh solat. Cuma mereka tidak tahu kenapa tidak boleh solat. Saya hanya menerangkan begini, orang perempuan yang dah dewasa memang ada masanya Allah tidak benarkan solat. Mereka diberi rehat oleh Allah. Pada awalnya perkara ini diberitahu kepada Azzam, dia bertanya: kenapa macam tu mama?. Saya hanya mampu menjawab: Allah dah ditentukan begitu. Dia tidak banyak soal, tapi ada rasa ketidakadilan diucapkan tapi tidak jelas kata-katanya. Bimbang mama marah lah tu...Maka, jika ayahnya tiada di rumah, Azzam solat sendirian dan tahu tidak boleh berjamaah dengan mama yang 'cuti solat'.
Ketika Adnin berusia 5 tahun, saya sampaikan perkara yang sama seperti yang saya sampaikan kepada Azzam suatu ketika dulu. Responnya sama, cuma air mata adnin meleleh kerana kalau solat dengan Azzam tentu ada perkara yang tak kena. Azzam terlampau garang dengan adiknya. Solat nak perfect. Maka kalau pergerakan Adnin (yang masih malas-malas solat) agak lambat, tunggulah habis solat nanti...sure kene marah dengan Azzam...
Itu solat, saya nampak perkara itu mesti disampaikan dengan betul...Saya tidak nampak rasionalnya sebagaimana yang orang lain lakukan; berpura-pura solat depan anak, menyediakan pakaian solat macam biasa supaya anak tahu kita dah solat dan macam-macam lagi.
Tapi bab puasa?
Yang jelas A 'n' A tidak tahu mamanya tak puasa. Adnin sibuk nak merasa makanan ketika masak rendang supaya rendang sedap, Azzam pula menyediakan cawan dan pinggan untuk 3 orang: ayah, mama dan Azzam (Adnin tak puasa, maka Azzam melarang dia makan bersama). Jelaskan?
Walaupun anak masih kecil, tapi jangan biasakan makan depan mereka ketika kita tidak berpuasa...
Bukankah anak sentiasa mencontohi tindakan ibu bapanya? Maka, sebagai contoh dan idola anak-anak marilah kita jadi yang terbaekkk!!!