Selamat menyambut Ramadhanal mubarak 1433H. Hari ini sudah 2 Ramadhan...Selamat berpuasa... Alhamdulillah, Allah masih memberi peluang bertemu lagi dengan Ramadhan. Maka, adakah kita akan memanfaatkannya sebaik mungkin? Tarbiyah -medidik jiwa, menghidupkan ruh dan merendam nafsu adalah sangat baik dilatih dalam bulan yang barakah ini.
Anakku Abdullah Azzam juga berpuasa. Tidak mahu bercerita tentang puasanya, tapi mahu berkongsi tentang buka puasa. Alhamdulillah, Azzam tidak banyak soal apabila buka puasa kali ini mamanya tidak menyediakan ais. Sengaja begitu, mahu melatih supaya jangan biasa berbuka puasa dengan ais.
Saya menyediakan air horlick panas, dan suami membeli air cincau yang sudah sedia sejuk; tapi tanpa ais.
Sebaik baca doa, Azzam menjamah sebiji kurma sahaja (tidak suka makan kurma...), minum horlick dan makan. Juadah apa kali ni?
Beberapa siri kelas mendidik jiwa mengajar agar tidak terlalu mewah ketika berbuka kerana ia menjejaskan niat mendidik jiwa.
Maka, saya menyediakan yang simple tapi agak special. Azzam suka rendang...saya buat rendang daging yang simple (terima kasih normarianni atas resepi itu) dan merebus beberapa ketupat segera. Itu sahaja, cukup! Pencuci mulut? suami membeli putu bambu. Itu sahaja, cukup.
Rendang dan nasi impit itu, saya kongsi dengan adik (azhar's family) yang kini menjaga mak dan bapak. Lalu sebagai balasan, kami diberi pecal. So, buka puasa kali ini, itu sahaja.
Hasilnya? alhamdulillah...kami sangat kenyang dan rasa sangat cukup. Duduk di meja makan pun tidak lama sangat, dan mudah mengajak Azzam (termasuk Adnin) maghrib berjemaah. Bagus kan?
Makanan tu? Tak habis pun makanan2 itu, masih berbaki...bolehlah di makan lepas terawih nanti.
Allah Maha Memberi, sebelum Isyak, Wak Urai datang hantar bubur jagung + tepung, sambal goreng dan lauk kicap ikan. Bubur itu saya dan suami habiskan selepas tarawih.
A 'n' A? Azzam minum air dan terus tidur (kepenatan agaknya seharian puasa) dan Adnin minta susu sebotol dan terus tidur.
Alhamdulillah Ya Allah, sedikit baki rendang dan nasi serta lauk itu, boleh lah di buat bersahur...