mana la diorang ni tak sampai-sampai. ketapi nak gerak dah ni.
takpe, jangan buang masa tunggu, kita ambik gambar dulu ye!
Ha!! tu pun diorang dah sampai!
abidin ni susah nak senyum. umi suruh baru dia senyum.
cari nombor member yang nak gi sama...
sempat lagi kitorang naik ketapi ambik gambar. pastu cepat2 turun sebab dengar bunyi wisel. alamak! rupanya ada orang basuh train la... suh orang ke tepi. wakaka...
umi dengan bekalannya... umi jangan sedih ye. tahun depan ding balik!
It was monday 30 nov 2009. kami hantar abidin nak balik ke bangkok sbb sekolah akan dibuka semula esok 1st dec 2009, selepas cuti aidiladha. so gambar2 ni sume di ambil sebelum abidin bertolak pada jam 1.30 tengahari (thai time). kesian abidin, demam pulak tu, sedih nak tinggalkan kampung. takpelah ding, belajar rajin2, senangkan hati mama...
kalau kat malaysia, kita biasa nampak komuter, lrt dll. tapi kat sini, keretapi dia pesen lama punye. kitorang tak pernah nampak (tak tau la klu korang pernah tengok). pernah tengok dalam tv citer p ramlee. citer masam2 manis masa si rokiah tu dtg kl - dia mai dari aloq setaq. pelbagai ragam... hmm... dah bertahun-tahun keluar masuk thai, ni baru 1st time gi stesen ketapi dia. baru tahu ada perbezaan yang besar dengan msia...
kesimpulannya, tempat kita lagi best lah dari macam2 segi; lebih sistematik gitu... hish, pandai-pandai aje cakap. eh! betul lah!