Aug 3, 2012

Azzam n Adnin

Pagi smlm semasa hantar Azzam dan Adnin ke sekolah hujan turun dengan sangat lebat... Mama lucu bila Anin kata harap-harap sekolah banjir...boleh la Anin berenang...

Hmm Anin Anin...

1 Ogos 2012

Sebelum ini ucapan hari jadi hanya diucapkan oleh ahli keluarga dan kawan-kawan rapat sahaja. Tapi sejak dunia berfacebook, ucapan hari jadi diterima daripada ramai orang; ahli keluarga, kawan-kawan di tempat kerja, kawan lama, saudara mara malah pelajar-pelajar! Sehingga tarikh 3 Ogos saya masih lagi menerima ucapan itu. Terima kasih semua... :)

Emak biasanya menjadi yang terawal mengucapkan 'selamat hari jadi'. tapi pada 1 ogos ini, mak tak call pun. Saya sengaja tidak menelefonnya (walhal paling lambat jam 12 tengah hari saya akan call tanya khabar)..Teruk juga saya ni, bukan merajuk tapi saje je..

Saya tak berkecil hati dan tak nak mak pula tersinggung sbb tak call dia hari tu. Pada hari itu saya amat yakin Allah mahu mengajar saya sesuatu. Ya, pada hari jadi kita bukan mak kita perlu ucap selamat pada kita tapi kitalah yang WAJIB ucap terima kasih kepada emak yang melahirkan kita dengan kesakitan yang amat sangat. Betul kan?

Lalu ia menjadi mudah, pada tahun ini saya yang ucap terima kasih kat emak atas kelahiran ini, di samping kesyukuran dipanjatkan kepada yang Maha Mencipta. So, bermula tahun ini dan seterusnya selagi hayat, saya akan ucap terima kasih kepada emak...

Bapa, jangan kecil hati ye...selalunya mak yang ucap, bapa cuma berkirim salam...Nanti di setiap hujung borak-borak dengan mak, maya akan kirim salam kat bapa, 'mak, kirim salam kat bapa ye'...

DI SEKOLAH


Sebaik melangkah masuk kelas, pelajar memberikan salam dan kami membaca doa sama-sama...Kemudian mereka tak duduk pun...Tiba2 terdengar salah seorang mereka (mungkin nurul syafiqah nasruddin atau fathul najibah) berkata: 1,2,3...lalu mereka beramai-ramai menyanyikan lagu 'Allah selamatkan kamu'...Terima kasih kamu semua...Saya sayang mereka...InsyaAllah selamanya sehingga kita dipertemukan di syurga Firdaus nanti...Ameen.

Agaknya kalau bukan bulan Ramadhan mereka bawa kek utk saya...haha perasan!

Tapi saya tahu, pelajar-pelajar saya sayangkan saya...mereka happy dan ceria bila bertemu saya...Yang saya terharu, mereka percaya saya...Yelah, saya jadi tempat meluah perasaan duka nestapa mereka...

Sebelum keluar solat, seorang pelajar, Nurul Amira Nazri datang berjumpa dan menyerahkan sesuatu...hadiah. Terima kasih Amira...Ia dalam paper bag dan hadiah itu dimasukkan dalam beg plastik yang distapler mengikut bentuk hadiah tu...Apa pun, saya amat2 menghargainya. Saya tak pernah beri hadiah kepada guru2 atau lecturer saya semasa hari jadi mereka. Bila harijadi mereka pun saya tak tahu, dulu mana ada facebook, kan?
 Hadiah dari Amira, dompet

DI RUMAH

A&A telah saya beritahu bahawa hari ini hari jadi mama...mereka datang memeluk dan mengucapkan selamat. Sebaik berbuka puasa dan solat maghrib, saya duduk di ruang tamu menantikan isyak. Tiba-tiba si kecil Adnin meminta saya ambilkan kamus 'Adik'. Saya serahkan padanya dan dia melukis sesuatu atas sehelai kertas A4 putih. Ia bunga. Sambil tu dia berkata, mama jangan tengok ye..ni utk mama..Saya sangat terharu...

Suami saya berbisik kepadanya dan Adnin berhenti melukis. Saja saya tanya, mana yang nak bagi mama? Tak jadi, lepas terawih nanti Anin nak keluar dengan ayah...inii rahsia. Saya tersenyum, dah mengagak sesuatu...Jam 11.30 mlm saya menerima hadiah dari A&A serta ayahnya...

Terima kasih Allah, terima kasih semua atas ingatan kalian...Semoga usia ini bermanfaat kepada saya dan orang lain...Allahu yubarik...

Ini pun hadiah juga...
Hadiah dari A&A dan yang lain belum diambil gambar...perlu ke?

Aug 1, 2012

belajar mengaji

hari ini 1 Ogos 2012...hari ini hari jadiku...

pagi ini seperti biasa belajar mengaji alQuran dengan ustazah hebat Nik Rahimah. Beliau hebat dalam ilmu alQuran. Beliau belajar mengaji bertahun-tahun lamanya. Dari Kelantan (negeri asalnya), berhijrah ke Singapura, ke Johor dan akhirnya di sini, Selangor. Saya diberitahu gurunya hampir 100 orang sehingga ke hari ini!!! Masya Allah...

Setelah 5 bulan mengaji, hampir masuk juzuk 5. Lebih kurang sebulan satu juzuk. Ok lah, walau pun saya mengajar agama kat orang lain, saya tahu ilmu saya sangat sedikit. Belajar al Quran membuktikan saya kekurangan ilmu. Masih banyak yang perlu diperbaiki.

Ya Allah, teruslah berikan aku peluang menuntut ilmu Mu...mudah-mudahan aku sentiasa di jalan Mu. Ameen...

my birthday

Alhamdulillahi rabbil 'alamin...hari ini bertambah lagi usia saya... 1  Ogos 2012. Allah masih memberi peluang melihat dunia yang sementara ini. Tataplah ia puas-puas, nikmatilah ia puas-puas...tapi kena ingat!! Ia sementara...

Tak mengapalah, ia peluang yang diberi oleh Allah. Saya berazam akan memenuhkan ia mengikut aturan Allah.

Pagi ini, selesai balajar mengaji Quran dengan ustazah nik rahimah saya borak-borak sekejap dengannya. Hmmm...banyak yang saya tak tau tentang masakan. So tadi, saya dapat resepi baru macam mana nak bagi ikan goreng tu sedap! (Tentu yg di luar sana ketawa, resepi ikan goreng?! hahaha) Yelah, saya ni tak tau memasak, jd yg remeh pun nampak susah. Nak sedap, bukan lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Kata ustazah. Begini: blendkan kunyit hidup, garam kasar, lengkuas dan bawang putih. Perap sekejap. Pastu goreng.

Eh betul ke resepi tu? almaklum pelupa...rasanya ya...klu tak betul takpe..Jumaat pagi lepas belajar mengaji suruh ustazah 'ghoyak' semula. 

Banyak juga resepi lain tadi...semuanya yang berkaitan dengan garam kasar. sebab ustazah kata garam kasar la sedap, garam halus dah ada bahan dan rasa dia masin pahit. garam kasar ni masin yg ori...gitu le...

Apa pun, happy birthday to me...

Jul 22, 2012

Tak boleh solat; puasa??

Anak-anakku memang telah faham sekiranya mamanya tidak boleh solat. Cuma mereka tidak tahu kenapa tidak boleh solat. Saya hanya menerangkan begini, orang perempuan yang dah dewasa memang ada masanya Allah tidak benarkan solat. Mereka diberi rehat oleh Allah. Pada awalnya perkara ini diberitahu kepada Azzam, dia bertanya: kenapa macam tu mama?. Saya hanya mampu menjawab: Allah dah ditentukan begitu. Dia tidak banyak soal, tapi ada rasa ketidakadilan diucapkan tapi tidak jelas kata-katanya. Bimbang mama marah lah tu...Maka, jika ayahnya tiada di rumah, Azzam solat sendirian dan tahu tidak boleh berjamaah dengan mama yang 'cuti solat'.

Ketika Adnin berusia 5 tahun, saya sampaikan perkara yang sama seperti yang saya sampaikan kepada Azzam suatu ketika dulu. Responnya sama, cuma air mata adnin meleleh kerana kalau solat dengan Azzam tentu ada perkara yang tak kena. Azzam terlampau garang dengan adiknya. Solat nak perfect. Maka kalau pergerakan Adnin (yang masih malas-malas solat) agak lambat, tunggulah habis solat nanti...sure kene marah dengan Azzam...

Itu solat, saya nampak perkara itu mesti disampaikan dengan betul...Saya tidak nampak rasionalnya sebagaimana yang orang lain lakukan; berpura-pura solat depan anak, menyediakan pakaian solat macam biasa supaya anak tahu kita dah solat dan macam-macam lagi. Tapi bab puasa?

Yang jelas A 'n' A tidak tahu mamanya tak puasa. Adnin sibuk nak merasa makanan ketika masak rendang supaya rendang sedap, Azzam pula menyediakan cawan dan pinggan untuk 3 orang: ayah, mama dan Azzam (Adnin tak puasa, maka Azzam melarang dia makan bersama). Jelaskan?

Walaupun anak masih kecil, tapi jangan biasakan makan depan mereka ketika kita tidak berpuasa...

Bukankah anak sentiasa mencontohi tindakan ibu bapanya? Maka, sebagai contoh dan idola anak-anak marilah kita jadi yang terbaekkk!!!

Buka Puasa Tanpa Ais

Selamat menyambut Ramadhanal mubarak 1433H. Hari ini sudah 2 Ramadhan...Selamat berpuasa... Alhamdulillah, Allah masih memberi peluang bertemu lagi dengan Ramadhan. Maka, adakah kita akan memanfaatkannya sebaik mungkin? Tarbiyah -medidik jiwa, menghidupkan ruh dan merendam nafsu adalah sangat baik dilatih dalam bulan yang barakah ini.

Anakku Abdullah Azzam juga berpuasa. Tidak mahu bercerita tentang puasanya, tapi mahu berkongsi tentang buka puasa. Alhamdulillah, Azzam tidak banyak soal apabila buka puasa kali ini mamanya tidak menyediakan ais. Sengaja begitu, mahu melatih supaya jangan biasa berbuka puasa dengan ais.

Saya menyediakan air horlick panas, dan suami membeli air cincau yang sudah sedia sejuk; tapi tanpa ais. Sebaik baca doa, Azzam menjamah sebiji kurma sahaja (tidak suka makan kurma...), minum horlick dan makan. Juadah apa kali ni? Beberapa siri kelas mendidik jiwa mengajar agar tidak terlalu mewah ketika berbuka kerana ia menjejaskan niat mendidik jiwa.

Maka, saya menyediakan yang simple tapi agak special. Azzam suka rendang...saya buat rendang daging yang simple (terima kasih normarianni atas resepi itu) dan merebus beberapa ketupat segera. Itu sahaja, cukup! Pencuci mulut? suami membeli putu bambu. Itu sahaja, cukup.

Rendang dan nasi impit itu, saya kongsi dengan adik (azhar's family) yang kini menjaga mak dan bapak. Lalu sebagai balasan, kami diberi pecal. So, buka puasa kali ini, itu sahaja. Hasilnya? alhamdulillah...kami sangat kenyang dan rasa sangat cukup. Duduk di meja makan pun tidak lama sangat, dan mudah mengajak Azzam (termasuk Adnin) maghrib berjemaah. Bagus kan?

Makanan tu? Tak habis pun makanan2 itu, masih berbaki...bolehlah di makan lepas terawih nanti. Allah Maha Memberi, sebelum Isyak, Wak Urai datang hantar bubur jagung + tepung, sambal goreng dan lauk kicap ikan. Bubur itu saya dan suami habiskan selepas tarawih.

A 'n' A? Azzam minum air dan terus tidur (kepenatan agaknya seharian puasa) dan Adnin minta susu sebotol dan terus tidur.

Alhamdulillah Ya Allah, sedikit baki rendang dan nasi serta lauk itu, boleh lah di buat bersahur...

Jul 4, 2012

Cameron Highland

Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) Sekolah Rendah Islam Hira bersiap sedia untuk btolak ke cameron highland pada jam 11 mlm...dlm rombongan ini termasuklah my hero Azzam...

semoga dipermudahkan urusan..

Jul 1, 2012

Motivasi

Program ini saya namakan 'Para Pencari Tuhan'. Di sini saya banyak menimba ilmu dan memotivasikan diri supaya sentiasa mencari ilmu dan mendekatkan diri kepada Allah.

Bukankah itu tujuan manusia dicipta? Saya hadir bersama suami, yang saya paksa supaya datang.

Beberapa minggu sebelum program saya merayu kepadanya supaya meluangkan masa...please please please, saya kata. beberapa hari sebelum program saya selalu mengingatkannya dengan berkata: jangan lupa ye, ingat tau jangan booking apa-apa program pada tarikh tu. berulang-ulang kali saya katakan padanya, sama ada face-to-face atau sms atau menelefonnya...untuk memastikan dia hadir!!

Kenapa ia berlaku? Allah memberi cetusan ini selepas 'ujian Allah' yang kami hadapi. Saya menyedari ia hasil kelalaian kami dan kejahilan kami 'menjarakkan' diri denganNya.

Ampunkan kami ya Allah... Lalu dalam usaha mencari-cari tempat mengadu, Allah menarik kami kepadaNya. Allah memperkenalkan kami dengan kak Nora yang dibuka hatinya oleh Allah untuk membimbing kami ke jalanNya.

Kami tersasar, walaupun tidak jauh, tapi kesenangan dunia semakin melekakan. Terima kasih Allah atas ingatan ini. Walaupun berat, kami yakin Engkau bersama kami.
Peserta lelaki; ramai yang ingat kami menghadiri kursus haji. Ini kursus meningkatkan profesionalisme sebagai khalifah Allah.
Alhamdulillah, kumpulan saya juara. Harap harap kejuaraan ini sehingga ke syurga Firdaus...

Perubahan

Setelah sekian lama tidak memgaktifkan blog...saya berhasrat nak aktifkannya semula...untuk berkongsi sesuatu...

Sebenarnya sepanjang tidak menulis ada banyak perubahan berlaku dalam diri...inilah manusia..bila diuji Allah baru nak mencariNya...tapi takpe...ia perubahan dari tidak baik atau kurang baik kepada yang baik dan lebih baik. mudah-mudahan ia kekal begitu, berterusan.

Allah, apa sangat ujian Allah tu, sabar ajelah...tapi bagi mereka yang benar-benar memahami maksud 'ujian Allah' maka perubahan pasti berlaku. saya memandang ia sebagai positif walaupun berat bahu ini memikul. ia tidak semudah mata yang memandang...

Apapun, setelah ini isian blog akan menjadi sedikit berbeza dengan yang sebelum ini...saya tidak berjanji tetapi berharap ia begitu. walau bagaimanapun, kandungan yang sebelum ini biarlah ia kekal kerana ia akan jadi imbasan yang boleh dikatakan 'syok sendiri'. maksudnya dahulu saya hanya memandang hidup ini untuk diri sendiri tetapi kini ia harus ada manfaat untuk orang lain. susah ke?

InsyaAllah apa yang akan dicoret selepas ini adalah hasil yang diperolehi melalui majlis-majlis ilmu atau program-program motivasi kerohanian. Perkara-perkara itu tidak wujud dalam hidup ini sebelum ini. mungkin merasakan diri ini sudah baik dan cukup baik. tapi setelah Allah memberi sedikit peringatan saya baru sedar bahawa banyak perkara yang perlu ditimba selagi hayat dikandung badan...

doakan saya supaya tetap istiqamah...

Sujud syukur

Bukankah hidup ini anugerah Allah yang tidak ternilai? Tidak semua dapat menikmatinya...maksud saya ada yang meninggal dunia ketika dalam kandungan ibunya dan ada juga yang meninggal ketika dilahirkan...

kita yang mendapat nikmat ini nikmatilah ia sebaiknya...jangan jadikan ia sia sia...ada yang kata mereka yang pergi awal adalah ahli syurga...wallahu a'lam...

kita juga boleh menjadi ahli syurga tanpa hisab... Ya, amar makruf nahi mungkar...memang itulah kehendakNya.

Nikmat hidup ini wajib disyukuri. ia nikmat yang tidak ternilai. hidup ini dipenuhi dengan nikmat yang melimpah ruah...cuma terkadang kita tak menyedarinya dek rasa tertekan dengan sedilit ujian Allah yang datang sekali sekala....

Allahu akbar...saya juga baru diberi ilmu oleh Allah tentang sujud syukur...terdengar dalam ceramah prof dr kamil ibrahim begini... Mazhab lain selain syafie: sujud saja sebaik mendengar berita gembira atau memerima nikmat. Mazhab syafie: perlu berwuduk dan mengadap qiblat... Oh begitu, mari sama-sama kita lakukan!

Jun 29, 2012

Adnin and numbers

Kepintaran anakku, adnin membuktikan kekuasaan Allah mengatasi segalanya.

Dahulu, saya melihat sudoku satu permainan atau teka teki nombor yang agak susah. Memandangkan saya suka cabaran maka saya berusaha menyiapkan sudoku walaupun tak pasti kaedah penyelesaiannya.

Akhirnya sudoku menjadi salah satu cara saya nak release tension. Penat2 cari sudoku, bosan2 cari sudoku, sebelum tidur buat sudoku...

Tabiat ini menarik perhatian si kecil Adnin dan dia mencuba sendiri. Saya memerhatikan dan melihat kesilapan yang dibuat, lalu saya memberi sedikit bimbingan. SUBHANALLAH!! tak sampai 5 minit dia faham dan dapat menyiapkan satu blok. Blok kedua disiapkan sendiri tanpa bantuan dalam tempoh 9 minit lebih...

Dan semakin dibuat semakin berkurang masanya...Mudah-mudahan minat dan kemahiran ini berterusan. Mengapa? Saya melihat ini sebagai sesuatu yang baik dan positif.

Ya Allah, teruslah ajarkan kami... Adnin ketika ini berusia 5 tahun 4 bulan...Alhamdulillah ya Allah, hanya Engkau .maha pemberi kurnia...dan hanya Engkau yang maha bijaksana...

Jun 28, 2012

bujang - berkahwin

Dah begitu lama tidak post something di blog ni...malas ada, kurang minat pun ada dan macam-macam alasan...

Begitulah maya mohamed, mudah bosan dengan sesuatu...Suka sesuatu yang baru...Ada masanya, beginilah; mencari kembali apa yang pernah di alami pada masa lalu. Mudah-mudahan Allah mempermudah semua urusan walau apa pun alasanku mengharungi hidup yang sudah dianugerahkan olehNya.

Ahad 23 Jun 2012, saya menghadiri kelas pengajian kitab di taman melawati kuala lumpur. hadir bersama-sama suami tercinta; satu-satunya peserta yang hadir berpasangan. Bukan apa, semoga usaha kecil ini membuka ruang penyelesai masalah dalam rumah-tangga...masalah masalah masalah...hmmm

Ustaz Hamid Alasna, berkongsi ilmu melalui kitab lama "bab nikah"...ingatkan dah lama kahwin semua dah pandai, rupanya masih banyak yang belum tahu...patutlah banyak perkara jadi masalah...

sekarang baru ku tahu bahawa yang kami hadapi tu bukan masalah...jadi sekarang, alhamdulillah kami macam 'pengantin baru'... Sewaktu pengajian ini pun dah rasa macam menghadiri kursus kahwin...usikan daripada ustaz tak henti-henti. yelah, hanya kami yang berpasangan.

Antara yang menarik, ustaz memberitahu tentang usaha dan tawakal kepada Allah dalam bab mencari pasangan dan berpasangan ini. Barulah saya tahu rupanya sebelum kahwin usaha kita untuk 'mencari' pasangan cuma 10%, 90% lagi Allah punya. Usahalah macamana pun, kalau Allah tak izin maka tak jadi. Kalau tahu konsep ini maka tidak ada yang sakit hati bila cintanya di'reject'...aduh, begitu ye. manakala kalau sudah berkahwin (macam kami, dirujuk dalam kelas tu) maka usaha kami 'mengusahakan' rumahtangga adalah 90%, manakala 10% dari Allah...

Maka berjihadlah membahagiakan pasangan dan rumahtangga, dan berdoalah kepadaNya untuk yang terbaik!!!